TREATMENT RAMBUT YANG SESUAI UNTUK MASALAH ANDA?

Bumi mana yang tidak ditimpa hujan?

Begitu juga lah dengan kita yang bergelar wanita ! wanita mana yang tiada mengalami masalah rambut ,betul tak ?

Setiap orang pasti mengalami masalah rambutnya tetapi cuma berlainan kondisi. Tetapi setiap masalah ada solusi, ada cara dan treatment yang bersesuaian untuk rambut masing – masing.

Dalam artikel ini, saya akan berkongsi dan mengupas setiap masalah rambut wanita . Kita sama – sama mencari apa solusinya yang terdapat di pasaran.

 

Wanita Kebanyakkan mengalami masalah Rambut Gugur .

Situasi ini sentiasa berlaku Rambut gugur semasa dan selepas dicuci, bila di sikat pun gugur lagi. Itu adalah perkara normal yang dihadapi oleh kaum hawa.

Abnormalnya bila rambut gugur merata rata tempat , lantai rumah, bilik air, kusyen kereta, kadang – kadang kelihatan di baju, tudung dan sebagainya.

Keguguran rambut disebabkan beberapa punca iaitu mengalami tekanan, selepas demam panas, ketika menghidapi sesuatu penyakit dan wanita selepas bersalin.

Eeeh! tak selesa betul, leceh la macam ni ! tu la merisaukan kita kaum hawa ni… rambut gugur tak kira dimana!

 

Pernah dengar mengenai,

Rawatan Anti-DHT ( hormon dihydrotestosterone )

Rawatan rambut gugur anti DHT

Masalah rambut menjadi botak ada kaitan dengan genetik. Masalah ini boleh berlaku sama ada  kepada kaum adam atau kaum hawa, ianya perlu diberi perhatian yang serious.

 

Berpunca Dari Masalah Genetik.

Jika family anda semua menghadapi masalah yang sama iaitu masalah rambut yang kronik, maka itu sebenarnya berkaitan genetik , iaitu sebab paling utama di mana Hormon DHT mengakibatkan rambut anda mengecut dan akhirnya gugur.

Lelaki sebenarnya lebih kerap mengalami masalah ini, kerana folikel rambut sangat sensitif kepada hormon (DHT).

Pada wanita, bila perubahan hormon akan berlaku atas sebab ovarian cyst, pil perancang yang mengandungi paras progesteron yang tinggi dan menopaus.

Sekiranya anda telah berjumpa pakar dan telah mendapatkan kepastian dari pakar, anda akan dinasihatkan untuk terus mengambil rawatan anti-DHT. Dimana ubat anti-DHT ini berkesan untuk menghalang kuasa hormon DHT.

 

Terapi Laser Tahap Rendah (LLLT)

Rawatan Laser LLLT untuk rambut botak ini mudah dan mengambil masa dalam selama 25 minit setiap sesi. Berupaya meransang sel rambut tumbuh subur. Tenaga yang dipanggil foton daripada laser yang dipanarkan membolehkan sel rambut menyerap tenaga.

Rawatan ini akan menghasilkan penumbuhan semula pembuluh darah, hasilnya sel rambut akan mula berkembang.

Sekiranya anda menyedari rambut anda tidak menampakkan tanda – tanda pertumbuhan rambut baru setelah rambut gugur . Anda boleh buat keputusan untuk mendapatkan rawatan laser.

Rawatan LLLT laser ni mengaktifkan semula saluran darah kecil dan membolehkan rambut tumbuh kembali.

Rawatan Pemancaran cahaya laser di kawasan pertumbuhan rambut terbukti berkesan untuk mengurangkan masalah keguguran rambut anda.

Rambut akan tumbuh semula jika baru sembuh drpd penyakit. Dinasihatkan mengambil cukup vitamin dan mineral supaya rambut lebih cepat tumbuh dan rambut lebih sihat.

Home 1

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

20 − 19 =