RAHSIA RAMBUT SIHAT

      No Comments on RAHSIA RAMBUT SIHAT

Adakah Perkara Sebegini Pernah Terjadi pada anda ?

Tengah makan tiba- tiba nampal helaian rambut dalam makanan?

Ketika itu apakah perasaan anda ?

Rasa jijik nak terus makan?

Buang rambut dan teruskan makan?

Rasa nak muntah?

selera terencat malah tekak rasa geli gelaman?

Marah pada tukang masak, minta digantikan?

Itulah situasi yang kebanyakkan orang hadapi.

Salah satu yang menyumbang kepada terjadinya insiden sebegini adalah masalah rambut gugur tak kira masa dan dimana.

Adakah semasa anda memasak di rumah anda mengikut prosedur 2 lengkap penjagaan keselamatan makanan?

Seperti memakai penutup kepala, baju khas semasa didapur, apron, sarung tangan atau kelengkapan lain untuk menggelakkan benda asing bercampur dalam makanan.

Walaupun Saya berkecimpung dalam industrial pemakanan hampir 28 tahun di sebuah Syarikat Penyajian yang bertanggungjawab menyediakan dan menyajikan makanan  didalam kapal terbang  Antara Bangsa. Segala peraturan penjagaan keselamatan makanan menjadi rutin utama untuk dipatuhi.

Saya tahu apabila memasak di rumah saya tak boleh mengikuti sepenuhnya peraturan keselamatan makanan cuma apron menjadi keutamaan saya dan rambut diikat dan ditutup rapi, tidak sebagaimana peraturan di tempat kerja.

Jadi apa yang perlu saya pastikan adalah rambut saya perlu bersih, kemas, sihat dari sebarang masalah seperti elakkan rambut gugur, tidak berkelimumur, tidak Gatal Di kulit kepala. 100% sihat bagi mencegah benda asing bercampur dengan masakan yg kita sediakan.

Kerana semasa memasak sebarang kemungkinan boleh terjadi. Bahang api membuatkan kita berpeluh.Masa ini kita perlu berhati- hati kerana tanpa sedar tangan automatik nak menggaru kepala dan silap – silap baju pun akan dipenuhi salji… Kelemumur! ketika ini lah saat bulu mata, bulu tangan dan rambut  akan gugur.

Jadi dengan itu, Penjagaan kesihatan rambut amatlah penting bukan sahaja sebagai style gaya hidup tetapi untuk menggelakkan kerisauan rambut gugur ketika memasak kerana ini membawa impak yang besar kepada kebersihan diri dan keluarga.

Rambut diibaratkan sebagai mahkota kepada kaum wanita maupun kaum lelaki, kalau mahkota sudah kehilangan serinya dan sinar kecantikkan. Apa patut di buat dengan mahkota kita?

https://www.mahkotakuu.com/

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

14 − fourteen =