8 Petua Mencegah Rambut Beruban Sebelum Waktunya.

Rambut Beruban Sebelum waktunya.

” Hey! Engkau dah ada uban la..” Tiba – tiba kawan menegur.
” Ya ke.. aku dah ada uban?
Aku muda lagi kot… umur baru nak masuk 30 tahun. Pasal apa pula muda-muda dah tumbuh uban?  Di Celah helaian rambut banyak pulak tu… mesti orang ingat aku dah tua sangat! Aduhai, macamana nak buat ni?

Ada ke… petua mencegah Rambut beruban aku ni?
Kalau boleh aku nak praktikkan sekarang juga!”

Inilah antara soalan – soalan gelabah berunsur gelisah bila rambut dan ditumbuhi uban. Dalam Situasi macam ni ketahui lah anda bukan berseorangan!

Ramai mengalaminya…
Majoriti golongan muda bawah 30 tahun, rambut mereka sudah mula ditumbuhi rambut putih atau uban.

Telah menjadi fitrah manusia, semakin meningkat usia, semakin banyak hormon yang berubah. Alangkah bertuah jika dalam usia mak cik- mak cik  masih belum ada uban di rambut. Mungkin dari awal Penjagaan Rambut telah diamalkan untuk mendapat kesan hingga akhir usia.

Apa Punca Rambut Beruban?

Kekurangan melanin dalam badan adalah punca rambut semakin hilang warna nya. Dari hitam ke putih Tumbuh di rambut secara perlahan-lahan.

Amalan Gaya hidup yang tidak sihat juga boleh menjadi penyumbang kepada masalah rambut cepat beruban.

Sebagai langkah untuk mengelakkan uban terus memutih tumbuh memenuhi rambut dikepala anda, Mari ikuti tips dan petua mencegah rambut beruban.

Berikut adalah 8 petua mencegah rambut beruban yang anda boleh dilakukan, paling elok diamalkan seawal usia muda.

1. Guna minyak kelapa.

Gunakan minyak kelapa sebagai minyak rambut. Ratakan minyak kelapa pada keseluruhan rambut dan urut perlahan-lahan.

Khasiat Minyak kelapa adalah memberi kelembapan pada rambut, menguatkan akar rambut serta kandungan antioksidannya dapat membantu melindungi rambut daripada berubah warna.

2. Jauhi Stres.

Stres dan terlalu banyak berfikir boleh menyebabkan seseorang itu cepat ditumbuhi uban. Malah, stres juga boleh memendekkan hayat manusia dan Menggalakkan pelbagai penyakit kronik.

Buat sesuatu yg anda suka untuk menggelakkan stres.

3. Minum banyak air.

Seperti mana yang kita ketahui kekurangan cecair dalam badan boleh menyebabkan dehidrasi dan kulit kering malah menghalang nutrisi sampai ke folikel rambut.

Apabila rambut tidak menerima nutrisi yang sepatutnya, ia menyebabkan rambut mudah bertukar warnanya.

Jadi kena kurangkan makan makanan bergoreng, pedas dan berasid kerana ia mempercepatkan kekurangan air dalam badan. Amalkan minum air dengan banyak.

4. Masukkan lobak dalam pengambilan seharian.

Untuk rambut yang hitam berseri, makan lobak dan sawi yang kaya dengan iodin boleh membantu mendapatkan rambut hitam, ikal, serta sihat.

5. Pengambilan protein.

pemakanan adalah sumber terpenting untuk kesihatan.
Protein baik untuk kesihatan kulit dan rambut. Telur adalah salah satu contoh sumber protein yang bagus untuk rambut.

6. Dapatkan tidur secukupnya.

Tidur adalah salah satu keperluan untuk kesihatan rambut. Petua mencegah rambut beruban juga adalah dengan mengelakkan kekurangan tidur.

Tidur yang Cukup adalah perkara terpenting membuatkan seseorang itu mudah relaks, tenang, segar dan mengurangkan stres.

7. Melalui Senaman.

Sentiasa bersenam walau ianya senaman yang simple. Pengaliran darah yang sempurna dapat mengelakkan rambut beruban sebelum waktunya.
Untuk meningkatkan pengaliran darah, kena Amalkan aktiviti sihat.

8. Urutan di kulit kepala.

Lakukan urutan di kulit kepala selama 5 hingga 10 minit setiap hari untuk merangsang pengaliran darah di kepala.
Urutan ini boleh dilakukan ketika menyampu dan menyikat rambut.

Meskipun Uban Tak Dapat Dielakkan,
Namun diharapkan petua mencegah rambut beruban di atas dapat mengatasi masalah uban yang berlaku sebelum waktunya.

Home 1

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

4 × 5 =